Thursday, February 14, 2013

Apa itu sopak garam?

Hari ni 14 February 2013, aku amik emergency leave sebab kene gegata/sopak garam. Aku nak amik MC malas. Malam tadi aku tak dapat tidur lena sebab badan ni terlalu gatal dan bengkak-bengkak.

Apa itu sopak garam?
Sopak garam a.k.a Lapar garam a.k.a Gegata atau sejenis penyakit gatal pada kulit adalah berpunca dari alahan atau alahan yang tak dikenal pasti macam aku ni sebab gegata ni muncul tak tentu masa.

Gatal kulit ni berpunca apabila sejenis bahan kimia dalam badan bertindakbalas iaitu "Histamine" atau contoh yang lebih mudah apabila anda digigit nyamuk, histamine ini akan dihasilkan lebih banyak ke kawasan gigitan menyebabkan kulit membengkak, kemerah-merahan dan gatal.

Kandungan "histamine" akan meningkat dan apabila seseorang alah kepada sesuatu bahan/keadaan seperti makanan, cuaca, habuk, ubat, sengatan dan banyak lagi punca alahan.

Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila histamine dihasilkan secara mendadak dan terlalu banyak dan boleh menyebabkan pengsan dan kematian.

So, aku sekarang ni bergantung kepada ubat "Anti-histamine" seperti Cetirizine, Piriton. Loratadine atau steroid Prednisolone.

Untuk lebih detail click link ni:- Whats Histamine?


















Aku ada jumpa ustaz-ustaz di Darussyifa, ustaz-ustaz ni bagi doa yang perlu diamalkan untuk sembuhkan penyakit-penyakit kulit ni.

Antara doa-doa yang perlu diamalkan:-

1. Asas ayat 10

2. Ayat-Ayat Syifa’

3. Bismillah Tujuh 

4. Doa Syifa’


Bahan-bahan rawatan yang biasa digunakan oleh ustaz-ustaz ni seperti berikut:-

1. Daun Belimbing besi

2. Bedak Sejuk (sebotol/cup kecil)

3. Air Mineral (2 botol)


Kaedah Rawatan:-

1. Bahan-bahan rawatan dibacakan doa-doa diatas.

2. Daun belimbing ditumbuk/dikisar dan dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air mineral diatas.

3. Sapukan campuran tadi ke seluruh kawasan gatal dari bahagian atas ke bawah sebelum tidur.

4. InsyaAllah penyakit gatal akan beransur hilang. Aku pun masih mencuba. Sama-samalah kita Doa.

Update Terkini [9 May 2017]:-
Alhamdulillah, penyakit sopak garam @ gegata dah hilang sepenuhnya setelah mengamalkan 4life Transfer Factor selama 2 bulan.

https://4lifetfmalaysia.blogspot.my/


1 comment:

  1. Alhamdulillah...Semenjak 6 bulan ini...penyakit gatal2 dah takde sama sekali..ianya hilang dengan sendirinya..Ini semua adalah kuasa Allah..mungkin ianya sebagai ujian untuk diriku..semoga ianya memberi seribu satu hikmah pada diriku

    ReplyDelete