Friday, December 27, 2013

4 Prinsip Asas Urus Kewangan & 7 Strategi Bebas Dari Hutang!


4 Prinsip Asas Urus Kewangan



Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN berikut:-

Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:-

(a) Jual barang yang bukan keperluan
(b) Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
(c) Hentikan langganan Astro (atau tukar pakej lebih murah)
(d) Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
(e) Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa yang lebih murah

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Mulakan dengan menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, tambah lagi potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!


7 Strategi Bebas Dari Hutang


Ini prinsip-prinsip yang boleh digunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! 

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html#ixzz2ofG9RHNx

Sunday, March 10, 2013

Selamat Hari Ulangtahun Sayangku




Thanks and full of appreciation to my loving wife for being my partner, spouse, lover, and future mother (Ibu). "I Love You" are words just three, which mean so much on our anniversary. May our "Love" live in our heart as a one pair to complete each other and there forever stay. May our marriage be bless by Allah s.w.t with love and full of happiness.

Selamat Hari Ulangtahun untuk kita berdua..Semoga Allah memberkati dan merahmati hubungan kita sebagai suami isteri yang saling bercinta dengan kecintaan Mu Ya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kami memohon perlindungan dariMu ya Allah yang menciptakan segala sesuatu yang ada dilangit dan dibumi.

Tuesday, February 19, 2013

Mendung

Tiada kata2 yang ingin diucapkan...hanya luahan hati yang ingin dikongsi bersama....hari ini, Selasa (19/2/2013) hari yang suram bagiku seperti cuacanya yang mendung. Bosan, tiada kerja yang boleh dilakukan, tunggu dan terus menunggu.

Sebuah entri yang kosong pada kali ini...

 Pemandangan dari ofisku

Thursday, February 14, 2013

Apa itu sopak garam?

Hari ni 14 February 2013, aku amik emergency leave sebab kene gegata/sopak garam. Aku nak amik MC malas. Malam tadi aku tak dapat tidur lena sebab badan ni terlalu gatal dan bengkak-bengkak.

Apa itu sopak garam?
Sopak garam a.k.a Lapar garam a.k.a Gegata atau sejenis penyakit gatal pada kulit adalah berpunca dari alahan atau alahan yang tak dikenal pasti macam aku ni sebab gegata ni muncul tak tentu masa.

Gatal kulit ni berpunca apabila sejenis bahan kimia dalam badan bertindakbalas iaitu "Histamine" atau contoh yang lebih mudah apabila anda digigit nyamuk, histamine ini akan dihasilkan lebih banyak ke kawasan gigitan menyebabkan kulit membengkak, kemerah-merahan dan gatal.

Kandungan "histamine" akan meningkat dan apabila seseorang alah kepada sesuatu bahan/keadaan seperti makanan, cuaca, habuk, ubat, sengatan dan banyak lagi punca alahan.

Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila histamine dihasilkan secara mendadak dan terlalu banyak dan boleh menyebabkan pengsan dan kematian.

So, aku sekarang ni bergantung kepada ubat "Anti-histamine" seperti Cetirizine, Piriton. Loratadine atau steroid Prednisolone.

Untuk lebih detail click link ni:- Whats Histamine?


















Aku ada jumpa ustaz-ustaz di Darussyifa, ustaz-ustaz ni bagi doa yang perlu diamalkan untuk sembuhkan penyakit-penyakit kulit ni.

Antara doa-doa yang perlu diamalkan:-

1. Asas ayat 10

2. Ayat-Ayat Syifa’

3. Bismillah Tujuh 

4. Doa Syifa’


Bahan-bahan rawatan yang biasa digunakan oleh ustaz-ustaz ni seperti berikut:-

1. Daun Belimbing besi

2. Bedak Sejuk (sebotol/cup kecil)

3. Air Mineral (2 botol)


Kaedah Rawatan:-

1. Bahan-bahan rawatan dibacakan doa-doa diatas.

2. Daun belimbing ditumbuk/dikisar dan dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air mineral diatas.

3. Sapukan campuran tadi ke seluruh kawasan gatal dari bahagian atas ke bawah sebelum tidur.

4. InsyaAllah penyakit gatal akan beransur hilang. Aku pun masih mencuba. Sama-samalah kita Doa.

Update Terkini [9 May 2017]:-
Alhamdulillah, penyakit sopak garam @ gegata dah hilang sepenuhnya setelah mengamalkan 4life Transfer Factor selama 2 bulan.

https://4lifetfmalaysia.blogspot.my/


Puji-Pujian

Saya mulakan dengan ummul kitab ataupun fatihatul kitab:-
Listen or download sura Al Fatiha for free on Prostopleer

Hanya berkongsi semula artikel-artikel dari Iluvislam.com

Memberikan pujian kepada orang lain adalah termasuk di dalam komunikasi. Saya ingin menyentuh mengenai cara memberi pujian kepada orang. Ini kerana kadang-kadang, dengan pujian kita itu mampu menaikkan semangat orang dan kadang-kadang boleh merosakkan hidup mereka juga.
Dalam Islam, sesungguhnya pujian semata-mata kerana Allah, dan untuk Allah jua.
Islam melarang kita memberi pujian yang melampau kepada manusia kerana bimbang akan timbulnya perasaan riak dan takbur. Bahayanya memberi pujian ada dinyatakan di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Diriwayatkan, Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda s.a.w menambah: "Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah." [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Ini menunjukkan sekiranya kita mahu memberi pujian kepada seseorang, kita kena dahulukan dengan pujian kepada Allah. Kerana segala pujian itu, kita tujukan kepada Allah dan sesungguhnya segala kelebihan yang ada pada seseorang itu diberi oleh Allah s.w.t. Dengan itu, teman atau orang yang mendengar pujian itu akan sedar bahawa dia tidak memiliki apa-apa sekiranya tidak dikurniakan Allah dengan segala kebaikan atau kelebihan tersebut.
Pujian yang diberi itu kadang-kadang membuatkan orang yang mendengarnya mempunyai dua keadaan. Samada senang dengan jawapan itu atau terkadang tidak tahu apa nak dijawab/ serba salah.
Contoh selalu yang kita dengar:
"Awak ni cantiklah."
Jawapan yang selalu kita dengar:
"Eh, ye ke?" dan sebagainya.
Bagi mereka yang memang menanti untuk dipuji akan merasa gembira dan kegembiraan itu akan ditakuti membawa kepada dosa. Ia mampu untuk menjadikan orang tersebut berbangga diri dan merasakan dirinya saja yang terbaik. Mafhum hadis Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli Syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka." [Hadis riwayat Ibn Marduwaih]
Namun begitu, kita perlu membezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang.
Niat perlu dijaga sepanjang waktu. Contoh pujian atau penghargaan kepada isteri/ suami dan anak-anak, teman-teman atau sesiapa sahaja.
Dan seeloknya kita mengucapkan ucapan tahniah sekiranya sesuatu kebaikan yang dia terima sebagai penghargaan.
Oleh itu, mulai sekarang mari kita sama-sama melakukan perubahan. Kita memberi pujian secara ikhlas kepada anak-anak kita, pasangan, teman-teman atau sesiapa saja dengan pujian terhadap Allah dahulu dan seterusnya memberikan penghargaan kepada mereka.
Cara beri pujian. "Masya-Allah, cara awak menyampaikan ucapan tadi sangat berkesan, tahniah."
Dan sekiranya kita yang menerima pujian, teruskan lah memuji Alllah, kembalikan pujian itu kepada Allah, kerana kita tiada punya apa-apa kerana semua yang kita miliki adalah pinjaman daripada Allah jua.
Cara menjawab: "Alhamdulillah. Milik Allah jua. Saya cuma menyampaikan yang terbaik."
Oleh itu, sama-samalah kita menjaga lisan kita agar peribadi kita sentiasa dalam keadaan baik dan mendapat berkat Allah, walaupun perkara itu jarang kita perasan dan tidak pernah terfikir dengan perkara-perkara kecil, mungkin akan menjadi bonus untuk timbangan kita di Padang Mahsyar nanti, Ameen.
Credit to:- www.iluvislam.com

Wednesday, February 13, 2013

Let us remembering about death


Lets thinking before go to sleep..Every night I sleep.. So, every night I die until I'm reborn the next morning. Every night for entire my life hah! until an Angel of Death comes to me.. Let us remembering about death..Are u brave enough to face your own death? Did u know, if always thinking about death will benefits u a lot. Actually, think of death can improve physical health and help us put the priority goals and values life better.

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ 
(Al-Imran - 185)
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (185)
Quran Explorer - [Sura : 3, Verse : 185 - 185]
Good Night everybody..
Maafkan Saya Yer..
Assalamualaikum

Mee Kolok

Ada Apa Dengan Mee Kolok?

Assalamualaikum buat pengunjung2 blog One Dee, buat pertama kalinya sang isteri pulak ingin berkongsi rasa dengan anda semua. Sebelum ini sang suami banyak berkongsi idea di dalam blog ini. Tq Mr Hubby :).

Mengenai entri kali ini, saya ingin berkongsi mengenai Mee Kolok. Apa itu Mee Kolok? Mee Kolok adalah sejenis makanan orang Sarawak yang jarang terdapat di bandaraya KL ini. Entah tiba2 kali ini, terasa teringin sangat makan Mee Kolok. Maybe pembawakan budak kot...hehe. Untuk makluman, saya pernah menetap di Kuching, Sarawak selama hampir 12 tahun. Agak lama jugak la. Dan kiranya kamek dah lama sik makan Mee Kolok hampir 14 tahun since meninggalkan Kuching pada awal tahun 1998. Disebabkan kamek mengidam Mee Kolok tok, kamek n hubby telah mencari kedai2 makanan Sarawak di sekitar KL tok. Namun, nasib kamek sik baik kenak kedai2 tok tutup time kamek pergi. Sedihnya :(. Kedai yang kamek dah survey ialah The Planet Bikers at Subang Jaya and Dapur Sarawak at Jalan Pahang. Apa2 pon, kamek sik putus asa, I'll coming back again!!

Pada siapa2 yang belum kenal apa itu Mee Kolok, boleh refer gamba di bawah ini. Mee Kolok ini kalo tengok macam biasa je macam mee + sup, tapi rasa dia ada lain sikit daripada mee2 yang lain. Bak kata orang, belum cuba belum tahu :).

InsyaAllah suatu hari nanti dapat juak kamek rasa Mee Kolok. Hopefully by this weekend yer Mr Hubby :)

 

Money, Commodities and 7 Years Economic Cycle

Money and Commodities

Something to share with everybody...
You're buying a house? You know about M-C-M?
Lets view this topic in Youtube as below:-



7 Years Economic Cycle

Be prepared! Believe it as stated in Al-Quran Surah Yusuf Ayat 46-49

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

يُوسُفُ أَيُّہَا ٱلصِّدِّيقُ أَفۡتِنَا فِى سَبۡعِ بَقَرَٲتٍ۬ سِمَانٍ۬ يَأۡڪُلُهُنَّ سَبۡعٌ عِجَافٌ۬ وَسَبۡعِ سُنۢبُلَـٰتٍ خُضۡرٍ۬ وَأُخَرَ يَابِسَـٰتٍ۬ لَّعَلِّىٓ أَرۡجِعُ إِلَى ٱلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَعۡلَمُونَ (٤٦) قَالَ تَزۡرَعُونَ سَبۡعَ سِنِينَ دَأَبً۬ا فَمَا حَصَدتُّمۡ فَذَرُوهُ فِى سُنۢبُلِهِۦۤ إِلَّا قَلِيلاً۬ مِّمَّا تَأۡكُلُونَ (٤٧) ثُمَّ يَأۡتِى مِنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ سَبۡعٌ۬ شِدَادٌ۬ يَأۡكُلۡنَ مَا قَدَّمۡتُمۡ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلاً۬ مِّمَّا تُحۡصِنُونَ (٤٨) ثُمَّ يَأۡتِى مِنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ عَامٌ۬ فِيهِ يُغَاثُ ٱلنَّاسُ وَفِيهِ يَعۡصِرُونَ (٤٩)
Quran Explorer - [Sura : 12, Verse : 46 - 49]
  • (46)[(Setelah pelayan itu berjumpa dengan Yusuf dia berseru): "Yusuf, hai orang yang amat dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahuinya."]
  • (47)[Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.]
  • (48)[Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.]
  • (49)[Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memerah anggur."]

Prostopleer

7 Tahun Kitaran Ekonomi berdasarkan Surah Yusuf

Bersama-samalah kita hayati dan mengambil iktibar dan persediaan dari peringatan yang Allah telah aturkan untuk umat manusia. 7 tahun ini mengikut kitaran yakni 7 tahun ekonomi merudum (Tandus) dan 7 tahun berikutnya ekonomi mula berkembang pesat (Subur). Berikut adalah sejarah atau senario perkembangan ekonomi di Malaysia. Sejarah 7 tahun kitaran ekonomi ini juga berlaku di negara-negara lain dan termasuk juga ekonomi rumah tangga.

Senario ekonomi di Malaysia adalah seperti berikut:-
  1. [1969 - 1975] Tahun yang tandus - Selepas belakunya 13 Mei, DEB diperkenalkan, FELDA dan Felcra dilancarkan.
  2. [1976 - 1982] Tahun yang subur - Apabila hasil Felda mula keluar dengan harga sawit dan getah melambung.
  3. [1983 - 1989] Tahun yang tandus - Kerana belakunya kemelesetan ekonomi dunia dan kadar pengangguran tinggi di Malaysia.
  4. [1990 - 1996] Tahun yang subur- Economic boom in malaysia ketika Anwar Ibrahin menjadi TPM dengan purata perkembangan ekonomi 8% setahun
  5. [1997 - 2003] Tahun yang tandus - Kejatuhan pasaran saham dan serangan matawang melumpuhkan keadaan.
  6. [2004 - 2010] Tahun ekonomi subur - Bila kebanyakan industri pulih selepas serangan matawang
  7. [2011 - 2017] Tahun yang tandus - Be prepared!!! Tahun ekonomi akan jatuh teruk.....¿
  8. [2018 - 2024] Tahun yg Subur InsyaAllah

Tuesday, February 12, 2013

Change Yourself


Surah At-Tin, Ayat 4:
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
"Verily, We created man of the best stature (mould)"

Change will not come if I wait for some other person, or if I wait for some other time. Actually, I'm the ones I've been waiting for. Myself is the change that I seek. I must take personal responsibility. I cannot change the circumstances, the seasons, the environment, the wind or other people, but I can change myself. That is something I've charge of. Believe in yourself Nazmin if you want to change.



Saturday, February 2, 2013

At Home


Hari yang sangat santai dirumah bersama mak and isteri (2 February 2013)

Inilah rumah yang aku menetap sekarang disamping Isteri tersayang. Rumah ni milik Ayahku yang menetap di  Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan. Rumah ni adalah rumah yang ku tinggal sejak kecil lagi bersama keluarga tercinta. Terlalu banyak kenangan pahit manis disini dimana aku di besarkan.