Wednesday, January 22, 2014

Pendaftaran Haji Melalui KWSP

Pendaftaran Haji Melalui KWSP

KWSP Website



Mulai 3 Januari, 2012, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama Islam boleh membuat pendaftaran untuk menunaikan haji dengan Tabung Haji (TH) sejajar dengan pengumuman belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada tahun lepas.

Peluang ini perlu direbut oleh semua ahli KWSP yang beragama Islam. Walaupun banyak pengumuman di surat khabar dan televisyen tetapi masih ramai lagi yang belum berbuat demikian. Syarat yang dikenakan oleh KWSP pun bukannya susah sangat hinggakan ramai yang tidak boleh nak daftar. Apakah syaratnya? Nak tahu tak? Berikut ialah garis panduan yang dikeluarkan oleh KWSP:

1. Mempunyai sekurang-kurangnya RM1,300.00 dalam Akaun 1 KWSP. 
Melalui kaedah ini, wang sebanyak RM1,300.00 masih lagi kekal dalam KWSP tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji. Kenapa Akaun 1 yang dipilih? Sebabnya mudah sahaja iaitu bagi membolehkan lebih ramai orang beragama Islam berpeluang untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Sebelum ini, seseorang itu perlu membuka akaun di Tabung Haji dan perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM1,300.00 barulah boleh mendaftar untuk menunaikan haji. Walaupun syarat yang dikenakan oleh Tabung Haji cuma RM1,300.00 tetapi ramai rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang gagal untuk memenuhi syarat minimum berkenaan. Oleh kerana menyedari masalah yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah itu, kerajaan membenarkan mereka mendaftar haji menggunakan akaun yang terdapat di KWSP. Jangan keliru, cuma nak daftar sahaja dan bukannya membuat pengeluaran.

2. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap. 
Hanya warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap sahaja yang dibenarkan. Bukan warganegara seperti orang Berunai, Singapura, Indonesia, Thailand atau Filipina tidak dibenarkan. Maknanya mereka yang tiada akaun di KWSP tidak layak untuk menyertai program ini.

3. Beragama Islam. 
Orang bukan Islam takkan nak pergi haji kecuali sudah memeluk agama Islam barulah boleh.

4. Belum mencapai umur 55 tahun. 
Kalau dah capai umur 55 tahun, dah tak boleh lagi gunakan kemudahan ini.

5. Mempunyai akaun simpanan di Tabung Haji. 
Nak buka akaun di Tabung Haji bukannya susah, sangat senang. Simpanan permulaan bagi membuka akaun di Tabung Haji cuma RM2.00. Kalau anda minum nescafe di restoran pun sudah RM1.50 dan kuih donat pun sudah RM0.50. Jadi membuka akaun di Tabung Haji adalah semudah anda meminum nescafe dan makan kuih donat.

Sekarang anda sudah tahu syaratnya bukan? Bagaimana pulak nak daftar? Senang sahaja. Ikuti langkah berikut:

1. Cetak Penyata KWSP 
sama ada di rumah atau di pejabat KWSP yang berdekatan. Kalau sudah ada i-Akaun KWSP lagi senang, buka komputer, masuk ke i-Akaun dan terus cetak dari rumah. Kalau belum ada i-Akaun, anda perlu pergi ke pejabat KWSP yang berdekatan untuk mendapatkan penyata Akaun KWSP. Di pejabat KWSP pun anda boleh membuat pilihan sama ada untuk menggunakan kemudahan kiosk ataupun berurusan di kaunter. Bagi mereka yang tidak biasa dengan kiosk atau ada rasa fobia dengan komputer, ambil sahaja nombor giliran dan berurusan dengan kakitangan KWSP di kaunter dan dapatkan penyata KWSP anda. Tidak sampai 10 minit, penyata yang anda kehendaki sudahpun siap.

2. Daftar Haji 
di kaunter pejabat cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat atau Bank Islam. Apa yang anda perlukan untuk mendaftar ialah dengan hanya menunjukkan penyata KWSP tadi kepada kakitangan di kaunter. Walaupun kad pengenalan diperlukan tetapi dalam penyata KWSP sudah tertera nombor kad pengenalan anda. Jadi anda hanya perlu tunjukkan penyata KWSP sudah memadai dan kakitangan Tabung Haji akan mendaftarkan haji anda hanya dalam beberapa minit sahaja. Dah siap! Sekarang anda sudah dapat giliran untuk pergi menunaikan haji. Alamak ..... Tahun 2045.

Credit to:http://mybijakwang.blogspot.com/2012/01/pendaftaran-haji-melalui-kwsp.html

No comments:

Post a Comment