Saturday, March 10, 2012

Great Bounty (Nikah)

Nikah is a great bounty from Allah Ta'ala.
10 March 2012 aku dinikahkan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam yang memberiku kekuatan untuk menyempurnakan separuh dari agamaku. 
Pagi pada tanggal 10 March 2012, aku bangun awal untuk mengejakan solat subuh. Pagi yang agak letih, tapi penuh bersemangat. Malamnya aku dan keluarga buat majlis doa selamat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Disini aku kongsikan serba sedikit perjalanan majlis pernikahanku:-

01.30pm: Bertolak dari rumah menuju ke rumah pihak perempuan.
01.50pm: Sampai di Petronas Bangi Perdana untuk solat Zohor.
02.15pm: Menunggu Pakcik Din yang masih dalam perjalanan.
02.40pm: Sampai rumah pihak perempuan. Hatiku makin berdebar-debar :-)
03.30pm: Majlis Akad Nikah dimulakan. Alhamdulillah 2kali lafaz nikah dengan 2kali percubaan. :-)
03.40pm: Solat sunat selepas nikah.
04.00pm: Bergambar.
04.30pm: Menjamu selera..terasa sangat lapar masa ni.:-)



Akad Nikah atau perkahwinan yang ingin disempurnakan perlu memenuhi rukun-rukun berikut:
  1. Lelaki yang bakal menjadi suami
  2. Perempuan yang bakal menjadi isteri
  3. Wali yang mengakad nikahkan pasangan atau mewakilkan kepada jurunikah
  4. Dua orang Saksi yang mendengar dan mengesahkan akad nikah
  5. Ijab dan kabul Ijab-lafaz akad nikah oleh wali, Kabul-ucapan pengantin lelaki sebagai tanda penerimaan.