Saturday, February 8, 2014

Can't Wait To Meet My Newborn Baby Boy

Saat penantian yang sangat ditunggu, setelah kami berkahwin, apa lagi yang diharapkan setiap pasangan selain kebahagiaan antara insan bernama isteri dan suami yakni hadirnya cahaya mata untuk menyerikan lagi kehidupan berumah tangga. Alhamdulillah, selapas pulang dari kampung Kelate menyambut Raya Aidilfitri 2012 memberi khabar gembira kepada kami berdua. Kami menunggu pengharapan selama 4 bulan dari March 2012 (Kami di ijab-qabul kan). 

Ini jawapan yang kami dapat dari hasil ujian alat ini:-
Positive!!!...Alhamdulillah syukur sangat :-)

            Maka bermulalah babak baru dalam kehidupan kami, meniti kehidupan sebagai suami dan isteri yang bakal menimang cahaya mata. Alhamdulillah, isteri tidak mengalami muntah-muntah, cuma sakit-sakit badan, badan banyak angin, sendawa banyak dan makan tak berapa nak selera. Mengidam pun ada la jugak, antaranya, nak makan roti nan tandori jer, mee serawak, mee sotong padang kota, dan pizza sunway pyramid (ni tak dapat ditunaikan) tak pasti kenapa.:-).Ini semua hanya kehendak nafsu, hehe..jangan dilayankan sangat. Anyway, sebagai suami, aku tetap amat menghargai pengorbanan seorang isteri yang mengandung selama 9 bulan dan bakal ibu kepada anakku..Maka, aku dengan sedaya upaya untuk jadi yang terbaik untuk isteriku yang bakal menjadi Ibu tak lama lagi ni. Sasaran tarikh melahirkan anak adalah hujung bulan April 2013. Berikut adalah gambar imbasan rahim:-
15 Oct 2012
25 Jan 2013..A boy!!!!

 

Wednesday, January 22, 2014

Pendaftaran Haji Melalui KWSP

Pendaftaran Haji Melalui KWSP

KWSP Website



Mulai 3 Januari, 2012, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama Islam boleh membuat pendaftaran untuk menunaikan haji dengan Tabung Haji (TH) sejajar dengan pengumuman belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada tahun lepas.

Peluang ini perlu direbut oleh semua ahli KWSP yang beragama Islam. Walaupun banyak pengumuman di surat khabar dan televisyen tetapi masih ramai lagi yang belum berbuat demikian. Syarat yang dikenakan oleh KWSP pun bukannya susah sangat hinggakan ramai yang tidak boleh nak daftar. Apakah syaratnya? Nak tahu tak? Berikut ialah garis panduan yang dikeluarkan oleh KWSP:

1. Mempunyai sekurang-kurangnya RM1,300.00 dalam Akaun 1 KWSP. 
Melalui kaedah ini, wang sebanyak RM1,300.00 masih lagi kekal dalam KWSP tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji. Kenapa Akaun 1 yang dipilih? Sebabnya mudah sahaja iaitu bagi membolehkan lebih ramai orang beragama Islam berpeluang untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Sebelum ini, seseorang itu perlu membuka akaun di Tabung Haji dan perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM1,300.00 barulah boleh mendaftar untuk menunaikan haji. Walaupun syarat yang dikenakan oleh Tabung Haji cuma RM1,300.00 tetapi ramai rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang gagal untuk memenuhi syarat minimum berkenaan. Oleh kerana menyedari masalah yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah itu, kerajaan membenarkan mereka mendaftar haji menggunakan akaun yang terdapat di KWSP. Jangan keliru, cuma nak daftar sahaja dan bukannya membuat pengeluaran.

2. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap. 
Hanya warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap sahaja yang dibenarkan. Bukan warganegara seperti orang Berunai, Singapura, Indonesia, Thailand atau Filipina tidak dibenarkan. Maknanya mereka yang tiada akaun di KWSP tidak layak untuk menyertai program ini.

3. Beragama Islam. 
Orang bukan Islam takkan nak pergi haji kecuali sudah memeluk agama Islam barulah boleh.

4. Belum mencapai umur 55 tahun. 
Kalau dah capai umur 55 tahun, dah tak boleh lagi gunakan kemudahan ini.

5. Mempunyai akaun simpanan di Tabung Haji. 
Nak buka akaun di Tabung Haji bukannya susah, sangat senang. Simpanan permulaan bagi membuka akaun di Tabung Haji cuma RM2.00. Kalau anda minum nescafe di restoran pun sudah RM1.50 dan kuih donat pun sudah RM0.50. Jadi membuka akaun di Tabung Haji adalah semudah anda meminum nescafe dan makan kuih donat.

Sekarang anda sudah tahu syaratnya bukan? Bagaimana pulak nak daftar? Senang sahaja. Ikuti langkah berikut:

1. Cetak Penyata KWSP 
sama ada di rumah atau di pejabat KWSP yang berdekatan. Kalau sudah ada i-Akaun KWSP lagi senang, buka komputer, masuk ke i-Akaun dan terus cetak dari rumah. Kalau belum ada i-Akaun, anda perlu pergi ke pejabat KWSP yang berdekatan untuk mendapatkan penyata Akaun KWSP. Di pejabat KWSP pun anda boleh membuat pilihan sama ada untuk menggunakan kemudahan kiosk ataupun berurusan di kaunter. Bagi mereka yang tidak biasa dengan kiosk atau ada rasa fobia dengan komputer, ambil sahaja nombor giliran dan berurusan dengan kakitangan KWSP di kaunter dan dapatkan penyata KWSP anda. Tidak sampai 10 minit, penyata yang anda kehendaki sudahpun siap.

2. Daftar Haji 
di kaunter pejabat cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat atau Bank Islam. Apa yang anda perlukan untuk mendaftar ialah dengan hanya menunjukkan penyata KWSP tadi kepada kakitangan di kaunter. Walaupun kad pengenalan diperlukan tetapi dalam penyata KWSP sudah tertera nombor kad pengenalan anda. Jadi anda hanya perlu tunjukkan penyata KWSP sudah memadai dan kakitangan Tabung Haji akan mendaftarkan haji anda hanya dalam beberapa minit sahaja. Dah siap! Sekarang anda sudah dapat giliran untuk pergi menunaikan haji. Alamak ..... Tahun 2045.

Credit to:http://mybijakwang.blogspot.com/2012/01/pendaftaran-haji-melalui-kwsp.html

Friday, December 27, 2013

4 Prinsip Asas Urus Kewangan & 7 Strategi Bebas Dari Hutang!


4 Prinsip Asas Urus Kewangan



Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN berikut:-

Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:-

(a) Jual barang yang bukan keperluan
(b) Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
(c) Hentikan langganan Astro (atau tukar pakej lebih murah)
(d) Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
(e) Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa yang lebih murah

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Mulakan dengan menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, tambah lagi potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!


7 Strategi Bebas Dari Hutang


Ini prinsip-prinsip yang boleh digunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! 

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html#ixzz2ofG9RHNx

Sunday, March 10, 2013

Selamat Hari Ulangtahun Sayangku




Thanks and full of appreciation to my loving wife for being my partner, spouse, lover, and future mother (Ibu). "I Love You" are words just three, which mean so much on our anniversary. May our "Love" live in our heart as a one pair to complete each other and there forever stay. May our marriage be bless by Allah s.w.t with love and full of happiness.

Selamat Hari Ulangtahun untuk kita berdua..Semoga Allah memberkati dan merahmati hubungan kita sebagai suami isteri yang saling bercinta dengan kecintaan Mu Ya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kami memohon perlindungan dariMu ya Allah yang menciptakan segala sesuatu yang ada dilangit dan dibumi.

Tuesday, February 19, 2013

Mendung

Tiada kata2 yang ingin diucapkan...hanya luahan hati yang ingin dikongsi bersama....hari ini, Selasa (19/2/2013) hari yang suram bagiku seperti cuacanya yang mendung. Bosan, tiada kerja yang boleh dilakukan, tunggu dan terus menunggu.

Sebuah entri yang kosong pada kali ini...

 Pemandangan dari ofisku

Thursday, February 14, 2013

Apa itu sopak garam?

Hari ni 14 February 2013, aku amik emergency leave sebab kene gegata/sopak garam. Aku nak amik MC malas. Malam tadi aku tak dapat tidur lena sebab badan ni terlalu gatal dan bengkak-bengkak.

Apa itu sopak garam?
Sopak garam a.k.a Lapar garam a.k.a Gegata atau sejenis penyakit gatal pada kulit adalah berpunca dari alahan atau alahan yang tak dikenal pasti macam aku ni sebab gegata ni muncul tak tentu masa.

Gatal kulit ni berpunca apabila sejenis bahan kimia dalam badan bertindakbalas iaitu "Histamine" atau contoh yang lebih mudah apabila anda digigit nyamuk, histamine ini akan dihasilkan lebih banyak ke kawasan gigitan menyebabkan kulit membengkak, kemerah-merahan dan gatal.

Kandungan "histamine" akan meningkat dan apabila seseorang alah kepada sesuatu bahan/keadaan seperti makanan, cuaca, habuk, ubat, sengatan dan banyak lagi punca alahan.

Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila histamine dihasilkan secara mendadak dan terlalu banyak dan boleh menyebabkan pengsan dan kematian.

So, aku sekarang ni bergantung kepada ubat "Anti-histamine" seperti Cetirizine, Piriton. Loratadine atau steroid Prednisolone.

Untuk lebih detail click link ni:- Whats Histamine?


















Aku ada jumpa ustaz-ustaz di Darussyifa, ustaz-ustaz ni bagi doa yang perlu diamalkan untuk sembuhkan penyakit-penyakit kulit ni.

Antara doa-doa yang perlu diamalkan:-

1. Asas ayat 10

2. Ayat-Ayat Syifa’

3. Bismillah Tujuh 

4. Doa Syifa’


Bahan-bahan rawatan yang biasa digunakan oleh ustaz-ustaz ni seperti berikut:-

1. Daun Belimbing besi

2. Bedak Sejuk (sebotol/cup kecil)

3. Air Mineral (2 botol)


Kaedah Rawatan:-

1. Bahan-bahan rawatan dibacakan doa-doa diatas.

2. Daun belimbing ditumbuk/dikisar dan dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air mineral diatas.

3. Sapukan campuran tadi ke seluruh kawasan gatal dari bahagian atas ke bawah sebelum tidur.

4. InsyaAllah penyakit gatal akan beransur hilang. Aku pun masih mencuba. Sama-samalah kita Doa.

Update Terkini [9 May 2017]:-
Alhamdulillah, penyakit sopak garam @ gegata dah hilang sepenuhnya setelah mengamalkan 4life Transfer Factor selama 2 bulan.

https://4lifetfmalaysia.blogspot.my/